Tsolan Islam Dan Harta





KERTAS 1




BAHAGIAN A : Soalan Objektif




Setiap soalan di bawah diikuti oleh empat pilihan jawapan. Pilih satu jawapan yang paling tepat.




1 Berikut merupakan kenyataan tentang pengertian harta kecuali

A Boleh dimiliki oleh setiap manusia

B Memberi manfaat kepada pemiliknya

C Menjadi matlamat mutlak hidup manusia

D Memberi perlindungan dan keselesaan kepada pemiliknya




2 Harta yang dicari dikira sebagai ibadat apabila

I Mencarinya ketika lapang

II Daripada sumber yang halal

III Ibadat fardhu tidak ditinggalkan

IV Memanfaatkan alam untuk kepentingan diri




A I dan II

B II dan III

C III dan IV

D II dan IV




3 Umat Islam dituntut mencari harta secara halal untuk

I Menjamin kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat

II Mengelakkan penindasan dan penganiayaan

III Mengumpul wang sekadar yang mampu

IV Dipandang mulia oleh masyarakat




A I dan II

B II dan III

C III dan IV

D II dan IV




4 Menunaikan yang wajib terhadap harta

Melaksanakan tanggungjawab sosial

Memanfaatkan harta untuk kepentingan ramai

Membelanjakan harta secara berhemah




Pernyataan di atas menerangkan tentang




A Ujian kepada pemilik harta

B Kelebihan menguruskan harta

C Cara menguruskan harta

D Keperluan mencari harta










5 Harta yang dibelanjakan secara Islam menyebabkan

A Pungutan zakat berkurangan

B Pembangunan negara terjejas

C Pemiliknya dikenakan tindakan

D Kadar kemiskinan berkurangan




6 Apakah yang dimaksudkan dengan harta wakaf?

A Harta yang diserahkan untuk faedah orang ramai yang berkaitan dengan agama Islam

B Pemberian seseorang kepada orang lain untuk kegunaan orang tertentu

C Rumah yang telah usang yang mempunyai penghuni yang ramai

D Tempat berhenti atau berehat di tepi sungai atau pantai




7 Berikut ialah kebaikan yang diperolehi apabila melaksanakan tanggungjawab terhadap harta kecuali

A Jiwa menjadi tenang

B Pemilik harta akan dihormati

C Harta yang ada akan bertambah

D Mudah mendapat apa yang diingini




8 Apakah kesan yang dihadapi oleh masyarakat jika memperoleh harta secara haram?

A Pelabur takut untuk melabur dalam negara

B Harta tidak diberkati Allah s.w.t

C Masyarakat tidak bersatu padu

D Ekonomi negara runtuh




9 Manakah pernyataan yang menggambarkan cara membelanjakan harta untuk keluarga?

A Membelanjakan harta dengan berhemat dan tidak membazir

B Mengeluarkan zakat dan membayar cukai

C Membantu orang yang ditimpa bencana

D Bersedekah dan menderma




10 Peperangan yang berlaku memusnahkan harta dan mengorbankan jiwa manusia




Ujian terhadap pemilik harta di atas merujuk kepada

A Ujian terhadap negara

B Ujian terhadap individu

C Ujian terhadap keluarga

D Ujian terhadap masyarakat




11 Harta terbahagi kepada dua jenis

A Harta boleh alih dan harta tidak boleh alih

B Harta orang kaya dan harta orang miskin

C Harta kekal dan harta sementara

D Harta dunia dan harta akhirat
















12 Penguasaan sepenuhnya terhadap sesuatu barangan




Pernyataan di atas merujuk kepada

A Manipulasi

B Monopoli

C Rasuah

D Sabotaj




13 En. X memberi RM 700 kepada En. Y kerana meluluskan permohonannya mendapatkan ruang niaga di kawasan bandar




Situasi di atas mempunyai unsur

A Riba

B Rasuah

C Monopoli

D Manipulasi




14 En. X seorang pengatur cara komputer telah memindahkan sejumlah wang tanpa disedari oleh pendeposit bank ke dalam akaunnya sendiri







Situasi di atas menerangkan tentang

A Riba

B Rasuah

C Monopoli

D manipulasi




15 Manakah situasi yang menggambarkan cara memperolehi harta secara haram?

A Berkongsi perniagaan dengan orang bukan Islam

B Melabur dalam saham berasaskan spekulasi

C Membuka kedai runcit hingga larut malam

D Menanam pokok


1. C 2. B 3. A 4. C 5. D
6. A 7. D 8. C 9. A 10. D
11. A 12. B 13. B 14. D 15 B