Ting. 5 : Islam Dan Hak Milik
KERTAS 1
BAHAGIAN A : Soalan Objektif
Setiap soalan di bawah diikuti oleh empat pilihan jawapan. Pilih satu jawapan yang paling tepat.
1 Berikan pengertian hak milik dalam Islam
A Memiliki sesuatu yang berharga
B Hak milik mutlak seseorang yang tidak boleh diambil
C Harta kurniaan Allah s.w.t untuk dimiliki dan dimanfaatkan
D Harta yang dikurniakan Allah s.w.t kepada semua makhluknya
2 Berikut ialah peranan harta dalam hidup manusia kecuali
A Alat untuk menikmati kehidupan mengikut cara yang diingini
B Menimbulkan kasih sayang dalam masyarakat
C Alat untuk merapatkan hubungan silaturrahim
D Menikmati keselesaan hidup
3 Berikut merupakan peranan harta kecuali
A Merapatkan hubungan sesama manusia
B Sebagai alat untuk beribadat
C Alat menikmati kehidupan
D Memenuhi tuntutan nafsu
4 Manusia diberi kebebasan untuk memiliki harta kerana
I Itulah fitrah manusia
II Telah bersusah payah mencari harta
III Harta perantaraan bagi kebahagiaan hidup
IV Menggalakkan manusia bekerja bersungguh-sungguh
A I, II dan III
B I, II dan IV
C I, III dan IV
D II, III dan IV
5 Mengapakah manusia diberi kebebasan memiliki harta?
A Supaya boleh berbangga dengan kemewahan
B Kerana Allah s.w.t ciptakan fitrah manusia gemarkan harta
C Agar manusia dapat mencari harta dengan apa cara sekalipun
D Dapat menggunakan harta untuk keperluan dan keselesaan semata-mata
6 Golongan yang tidak layak menguruskan harta Sebab
X Tidak mempunyai kemampuan untuk membuat penilaian yang sempurna
X merujuk kepada
A Orang gila
B Anak yatim
C Kanak-kanak
D Orang terencat akal
7 Berikut ialah golongan yang tidak layak menguruskan hartanya sendiri
I Orang miskin
II Orang gila
III Orang yang lemah akal
IV Anak yatim yang masih kecil
A I, II dan III
B I, II dan IV
C I, III dan IV
D II, III dan IV
8 Mengambil harta orang lain tanpa kebenaran
Pernyataan di atas merujuk kepada
A Monopoli harta
B Melaburkan harta
C Merosakkan harta
D Mencerobohi harta
9 Berikut adalah keburukan pencerobohan harta terhadap individu kecuali
A Tersisih daripada masyarakat
B Harta tidak diberkati Allah s.w.t
C Masyarakat hidup dalam ketakutan
D Menyuburkan sikap pentingkan diri sendiri
10 Hak yang wajib ditunaikan ke atas orang lain ialah
A Derma
B Cukai
C Zakat
D Keperluan keluarga
11 Pemilik harta secara individu dalam Islam ialah
A Melalui harta yang dipindah secara percuma seperti hibah
B Melalui harta yang menjadi hak milik awam
C Melalui wang pertambahan loteri
D Melalui wang zakat
12 Hak milik dalam Islam terbahagi kepada tiga
A Hak milik peribadi, umum dan negara
B Hak milik peribadi, keluarga dan negara
C Hak milik peribadi, umum dan rakyat
D Hak milik peribadi, umum dan khusus
13 Perbuatan yang merosakkan harta ialah
A Membayar saman had laju
B Menjelaskan cukai pendapatan
C Melabur dalam saham spekulasi
D Membeli belah keperluan keluarga
14 En. X bekerja sebagai pemandu lori. Lori itu dipenuhi dengan barangan seludup. Akibat mengejar masa beliau tidak sempat menunaikan solat pada waktunya
Situasi pekerjaan di atas mempunyai unsur
I Haram
II Melalaikan
III Manipulasi
IV Rasuah
A I dan II
B II dan III
C III dan IV
D II dan IV