Soalan lslam Dan pekejaan


Islam dan Pekerjaan

KERTAS 1

BAHAGIAN A : Soalan Objektif

Setiap soalan di bawah diikuti oleh empat pilihan jawapan. Pilih satu jawapan yang paling tepat.

1 Berikut ialah kebaikan Islam menggalakkan umatnya bekerja kecuali
A Mengurangkan masalah pengangguran
B Membolehkan seseorang itu berdikari
C Meningkatkan taraf hidup seseorang
D Memenuhi masa lapang


2 Mengapa Islam menuntut umatnya bekerja?
I Memenuhi keperluan asas hidup manusia
II Bekerja merupakan ibadat dalam Islam
III Dipandang mulia oleh masyarakat
IV Menjadi manusia yang kaya raya

A I, II dan III
B I, II dan IV
C I, III dan IV
D II, III dan IV

3 Pilih pasangan yang benar tentang jenis pekerjaan dan kelebihannya

Jenis pekerjaan Kelebihan
Makan gaji Pendapatan tetap
Bekerja sendiri Risiko ditanggung bersama
Bekerja sendiri Bebas membuat keputusan sendiri
Makan gaji Tidak terikat dengan waktu dan tempat

I
II
III
IV

A I dan II
B I dan III
C II dan III
D III dan IV









4 Melakukan pelbagai pekerjaan mengikut kepakaran, melaksanakan penyelidikan sains dan teknologi serta mencipta perkakasan untuk kemudahan manusia


Situasi di atas menggambarkan
A Cara melaksanakan amanah Allah s.w.t
B Kelebihan bekerja kerana Allah s.w.t
C Langkah meningkatkan kualiti kerja
D Etika kerja dalam Islam

5 Jelaskan etika kerja dalam Islam
I Sentiasa berdisiplin
II Bekerja dengan ikhlas
III Bekerja dengan bersungguh-sungguh
IV Sentiasa mengadakan mesyuarat

A I, II dan III
B I, II dan IV
C I, III dan IV
D II, III dan IV

6 • Membuat perancangan yang rapi
• Berdisiplin dan menepati sasaran kerja
• Menilai hasil dan membaiki kelemahan


Pernyataan di atas merujuk kepada
A Langkah meningkatkan kualiti kerja dalam Islam
B Syarat menjadikan perkerjaan suatu ibadat
C Budaya kerja Islam
D Disiplin kerja Islam

7 Ciri-ciri pekerjaan yang digalakkan Islam ialah
A Mudah naik pangkat
B Berpendapatan lumayan
C Seronok dan mengembirakan
D Tidak mengganggu ketenteraman awam

8 Berikut merupakan kelebihan bekerja sendiri kecuali
A Tidak terikat dengan waktu dan tempat
B Bebas membuat keputusan sendiri
C Mendapat kepuasan hasil kerja
D Pendapatan tetap

9 Manakah ciri-ciri pekerjaan yang digalakkan oleh Islam?
I Pekerjaan yang mudah dilakukan
II Pekerjaan yang menepati kehendak syarak
III Pekerjaan yang tidak mencemarkan alam sekitar
IV Pekerjaan yang tidak mengganggu ketenteraman awam
A I, II dan III
B I, II dan IV
C I, III dan IV
D II, III dan IV
10 • Mencari rezeki yang halal untuk menyara keluarga
• Membangun dan memajukan ekonomi diri dan keluarga
• Mengelakkan diri dari bergantung dengan orang lain


Pernyataan di atas merujuk kepada
A Ciri-ciri pekerjaan yang halal
B Dalil kewajipan bekerja
C Matlamat bekerja
D Kebaikan bekerja

11 Berikut ialah kesan positif pekerjaan yang halal kepada sesebuah negara
I Ekonomi berkembang
II Pelaburan asing meningkat
III Masyarakat aman damai
IV Negara menjadi ikutan dan contoh

A I, II dan III
B I, II dan IV
C I, III dan IV
D II, III dan IV

12 Pilih kesan baik pekerjaan halal kepada masyarakat
A Menjadi teladan kepada masyarakat kerana dapat membantu
B Hubungan bertambah erat dan hidup bersatu padu
C Kehidupan menjadi tenang dan bahagia
D Ekonomi negara semakin berkembang

13 Berikut adalah kesan buruk pekerjaan yang haram terhadap diri dan keluarga
I Hidup dalam ketakutan dan kebimbangan
II Dibelenggu rasa bersalah terhadap masyarakat
III Kehidupan masyarakat akan bertambah mundur
IV Hidup tidak akan diberkati oleh Allah s.w.t

A I, II dan III
B I, II dan IV
C I, III dan IV
D II, III dan IV

14 Manakah merupakan syarat sesuatu pekerjaan menjadi ibadat?
I Pekerjaan halal
II Pekerjaan dengan keuntungan yang banyak
III Pekerjaan yang tidak mengganggu kepentingan awam
IV Pekerjaan yang tidak melalaikan seseorang dari melakukan ibadat fardhu

A I, II dan III
B I, II dan IV
C I, III dan IV
D II, III dan IV




15 • Menghasilkan produk yang berkualiti
• Meningkatkan mutu barangan yang berkualiti
• Mengurangkan kos pengeluaran sesuatu barangan


Pernyataan di atas merujuk kepada kelebihan bekerja
A Terhadap diri
B Terhadap keluarga
C Terhadap hasil kerja
D Terhadap pelanggan

16 • Bekerja dengan ikhlas kerana Allah s.w.t
• Bekerja dengan tekun dan bersungguh-sungguh
• Sentiasa meningkatkan produktiviti yang berkualiti


Pernyataan di atas merujuk kepada
A Etika kerja dalam Islam
B Tuntutan bekerja dalam Islam
C Ciri-ciri pekerjaan dalam Islam
D Matlamat bekerja dalam Islam

17 Berikut merupakan langkah untuk mengatasi masalah pengangguran kecuali
A Memberi kursus kemahiran
B Menyediakan peluang pekerjaan
C Memberi kesedaran tentang keburukan hidup tanpa pekerjaan
D Memberi pinjaman wang kepada penganggur sebanyak mungkin