SISTEM MUAMALAH ISLAM
Sedekah
Bantuan kepada golongan yang kurang bernasib baik danmemerlukan pertolongan bagi meneruskan kehidupan mereka.Contohnya orang miskin, musafir dan di timpa bencana.
Zakat
Hak yang tertentu yang diuruskan kutipan dan pengagihannyaoleh negara melalui amil-amil zakat. Hasil zakat diagihkan kepadagolongan yang kurang bernasib baik dan telah ditetapkan dalamal-Quran
Sewa menyewa.
Kemudahan yang disediakan oleh sistem muamalah Islam bagimemberi pertolongan kepada orang yang tidak mempunyai wangyang cukup untuk mendapatkan sesuatu barang. Melalui sewamenyewa orang yang memerlukan boleh mendapatkan sesuatubarangan melalui sistem sewaan.
Jual beli
Jual beli merupakan kemudahan yang disediakan untuk orangramai mendapatkan keperluan hidup mereka.
Al-Wadiah
Sistem muamalah Islam menyediakan al-wadiah bagi kemudahanorang ramai menyimpan dan melaburkan wang mereka dalambank.
Ar-Rahnu
Kemudahan yang disediakan oleh Islam dalam keadaan daruratdan terdesak. Cara ini boleh digunakan oleh orang yangmempunyai cagaran seperti tanah dan barang kemas untukmendapatkan wang tunai dengan segera.
Berhutang
Kemudahan yang disediakan kepada orang yang tidak mempunyaiharta, tetapi berada dalam keadaan darurat dan terdesak untukmendapatkan wang tunai bagi memenuhi tuntutan hidup mereka
Sistem muamalah Islam menyediakan pelbagai peraturan dan kaedah untukmemudahkan manusia memenuhi keperluan hidup mereka., sama ada semasabermusafir, bermukim dalam keadaan aman mahupun darurat. Antara konteks sistemmuamalah Islam yang dapat dikaitkan dalam kehidupan manusia seperti dalam keadaan: