Soalan falsafah muamalah Islam
KERTAS 1
BAHAGIAN A : Soalan Objektif
Setiap soalan di bawah diikuti oleh empat pilihan jawapan. Pilih satu jawapan yang paling tepat.
1 Kegiatan muamalah Islam mengutamakan konsep ta`awun
Kenyataan manakah menerangkan konsep tersebut
A Seseorang itu mudah mendapat harta yang diingini
B Masyarakat hanya mementingkan kehidupan duniawi
C Semangat ta`awun akan berkembang dalam masyarakat
D Pemegang gadai dapat membantu orang yang dalam kesusahan
2 Manakah ciri-ciri muamalah Islam
I Memberi manfaat kepada kedua-dua pihak
II Membebankan golongan tertentu
III Redha antara kedua-dua pihak
IV Adil kepada semua pihak
A I, II dan III
B I, II dan IV
C I, III dan IV
D II, III dan IV
3 Manakah antara berikut adalah tujuan sistem muamalah Islam
I Mendidik urusan manusia dalam mendapatkan harta
II Membangunkan ekonomi dengan cara diredhai Allah s.w.
III Mengeratkan hubungan persaudaraan antara manusia dengan manusia
IV Melahirkan masyarakat yang mengutamakan keuntungan semata-mata
A I, II dan III
B I, II dan IV
C I, III dan IV
D II, III dan IV
4 Sistem al-Mudharabah memberi kemudahan kepada pelabur kerana
A Menjalankan perniagaan melalui modal
B Mempunyai modal serta pakar dalam bidang perniagaan
C Pelabur dapat menjalankan perniagaan dengan modal yang diperolehi
D Pelabur dapat mengembangkan hartanya walaupun tidak mempunyai kepakaran
5 Berikut adalah persamaan antara sistem muamalah Islam dengan sistem konvensional
I Memenuhi keperluan hidup manusia
II Memudahkan manusia mendapat harta
III Melicinkan urusan kehidupan manusia seharian
IV Melaksanakan sistem ekonomi berasaskan fahaman kapitalis dan sosialis
A I, II dan III
B I, II dan IV
C I, III dan IV
D II, III dan IV
6 Suatu akad antara dua orang atau lebih untuk berkongsi modal dalam sesuatu kegiatan ekonomi dan berkongsi keuntungan
Istilah di atas merujuk kepada
A Al-Wadiah
B Al-Mudharabah
C Al- Murabahah
D Al-Musyarakah
7 Berikut adalah tujuan Islam menyediakan pelbagai jenis muamalah kecuali
A Memberi peluang kepada manusia melaksanakan aktiviti ekonomi dengan berkesan
B Menghadkan penglibatan dalam sesuatu jenis muamalah sahaja
C Menggerakkan ekonomi dengan lebih pesat
D Membantu golongan yang kurang berharta
8 Memastikan setiap manusia dapat menikmati dan memenuhi keperluan hidup mengikut kewangan mereka
Penerangan di atas merujuk kepada
A Al-Musyarakah / al-Murabahah
B Al-Ijarah / al-Bai` bithamanil ajil
C Al-Mudharabah / al-Rahnu
D Al-Wadiah / al-Takaful
9 Manakah antara berikut kesan muamalah Islam dalam meningkatkan kualiti hidup manusia?
I Menjamin keadilan sejagat
II Menjamin keharmonian hidup
III Membangunkan tamadun manusia
IV Melahirkan generasi yang cekap dan produktif
A I, II dan III
B I, II dan IV
C I, III dan IV
D II, III dan IV
10 Ali sebagai peniaga telah mengurangkan sukatan timbangan dalam urusan jual beli
Kenyataan di atas adalah muamalah yang tidak sah menurut Islam kerana ia mengandungi unsur
A Penipuan
B Perjudian
C Penindasan
D Barangan yang tidak suci dan najis
11 Berikut merupakan etika muamalah Islam kecuali
A Tekun dan tabah ketika melakukan segala urusan
B Bersikap jujur, amanah dan tidak menipu dalam segala urusan
C Bekerja mengikut hati dan perasaan untuk memuaskan kehendak sendiri
D Rajin berusaha dengan gigih dan bersungguh-sungguh untuk mencapai kejayaan
12 Apakah kesan pengabaian sistem muamalah Islam terhadap individu?
i Melahirkan individu yang kaya
ii Melahirkan individu yang mementingkan diri sendiri
iii Melahirkan individu yang tamak haloba
iv Melahirkan golongan miskin yang terbiar
A i, ii dan iii
B i, ii dan iv
C i, iii dan iv
D ii, iii dan iv
13
Jenis-jenis muamalah di atas mendorong manusia
I Saling berhubung antara satu sama lain
II Saling berkenalan antara satu sama lain
III Saling bermaafan antara satu sama lain
IV Saling bantu membantu antara satu sama lain
A I, II dan III
B I, II dan IV
C I, III dan IV
D II, III dan IV
BAHAGIAN A
1. C
2. C
3. A
4. D
5. A
6. D
7. B
8. B
9. A
10. A
11. C
12. D
13. B
14 C
15 A
16 C
17 A
18 C
Tasawwur2u