FALSAFAH PERUNDANGAN ISLAM
1. Berikan pengertian perundangan Islam.
2. Jelaskan istilah-istilah dalam perundangan Islam.
3. Jelaskan hikmah Allah mensyariatkan hukum wajib, haram, makruh,
sunat dan harus.
4. Huraikan matlamat perundangan Islam.
5. Huraikan maksud matlamat perundangan Islam memelihara keturunan.
6. Huraikan maksud matlamat perundangan Islam memelihara kehormatan diri.
7. Huraikan maksud matlamat perundangan Islam memelihara agama.
8. Huraikan maksud matlamat perundangan Islam memelihara akal.
9. Huraikan maksud memelihara nyawa dalam matlamat perundangan Islam.
10. Huraikan maksud memelihara harta dalam matlmat perundangan Islam.
11. Jelaskan kesan perundangan Islam dalam menjaga nasab manusia.
12. Jelaskan perbezaan diantara fatwa, hukum dan pendapat.
13. Nyatan contoh fatwa.
14. Alah menetapkan hukuman ke atas penjenayah tertentu. Jelaskan hikmah Allah menetapkan hukuman tersebut.
15. Nyatakan keistimewaan perundangan Islam.
16. Nyatakan hokum-hukum yang mengatur hubungan sesama manusia.
17. Terangkan sebab umat Islam mesti menerima perundangan Islam untuk dilaksanakan.
18. Nyatakan contoh perbuatan yang membawa mudharat kepada akal manusia.
19. Terangkan cara-cara menghindarkan diri daripada melakukan perbuatan yang tidak memberi manfaat.
1. Pengertian perundangan Islam.
● Bahasa : Jalan yang lurus.
● Istilah : Hukum-hukum yang ditetapkan oleh Allah kepada manusia yang merangkumi aspek akidah, syariah dan akhlak yang perlu diyakini dan dipatuhi untuk kebahagian dunia dan akhirat.
2. Istilah-istilah dalam perundangan Islam.
● Rukun : Perkara asas yang mesti dilaksanakan dalam suatu ibadat,jika tertinggal salah satu daripadanya maka ibadah tersebut tidak sah. Contoh : Tertinggal membaca fatihah membatalkan Solat.
● Syarat sah: Tuntutan yang mesti dipenuhi untuk menjadikan sesuatu ibadah itu sah. Contoh: Solat tidak sah tanpa wuduk.
● Fiqh : Hukum amali yang dijtihadkan oleh para mujtahidn berdasarkan dalil syarak yang tafsil.. Contoh: Bersentuh kulit lelaki dan perempuan yang sah dinikahi membatalkan wudu’ dalam mazhab syafie.
● Qadha : Kepusan yang diputuskan oleh hakim/penguasa di dalam suatu hukuman/pembicaraan berdasarkan hujah dan bukti.Contoh: Mahkamah mengarahkan suami menceraikan Isteri setelah ternyata tidak mampu.
● Wajib : Hukum suruhan yang mesti dilaksanakan,jika melaksanakan akan mendapat pahala dan berdosa jika ditinggalkan. Contoh: Berzakat.
● Haram : Hukum tegahan yang mesti ditinggalkan akan diberi pahala jika meninggalkannya dan berdosa jika melakukannya. Contoh: Meminum arak.
● Sunat : Hukum galakkan agar dilaksanakan, diberi pahala jika megerjakannya dan tidak berdosa jika meninggalkannya. Contoh: Berpuasa hari Isnin dan Khamis.
● Makruh : Hukum galakan agar ditinggalkan, diberi pahala jika meninggalkannya dan tidak berdosa jika melakukannya. Contoh : Melambatkan berbuka puasa.
● Harus : Hukum pilihan sama ada melakukannya atau
meninggalkannya ( diberi kebebasan untuk memilih )
Contoh: Hukum asal perkahwinan adakah harus.
● Halal : Hukum yang membenarkan sesuatu perbuatan dilakukan. Contoh: Makanan bersih halal dimakan.
● Ijtihad : Pendapat utama mujtahid terhadap sesuatu perkara baru yang tidak terdapat hukumnya di dalam al-Quran dan Hadis.
● Syarat Wajib: Tuntutan yang perlu ada untuk menjadikan sesuatu
ibadah itu wajib dilaksanakan.Contoh: Wajib menunaikan solat apabila masuk waktu.
● Fatwa : Sebarang keputusan yang dikeluarkan oleh Majlis Fatwa berhubung hukum syarak bagi masalah baru berlandaskan al-Quran dan al-Hadith.
3. Hikmah Allah mensyariatkan hukum:
Wajib:
● Supaya manusia tidak akan meninggalkan perkara yang penting dalam agama.
● Sebagai manusia tidak akan meninggalkan perkara yang penting dalam agama.
● Sebagai ujian kepada manusia sama ada mematuhi perintah Allah atau mengingkarinya.
● Untuk memastikan golongan tertentu melaksanakan sesuatu ibadat
yang disyaratkan.
Haram:
● Menjaga kepentingan manusia.
● Supaya manusia hidup dengan aman dan tenteram di dunia.
● Mengawal nafsu manusia.
Makruh:
● Supaya berhati-hati agar tidak terjerumus kepada perkara yang haram.
● Mengelak diri daripada melakukan perkara yang tidak baik/sia-sia.
● Mengelakkan daripada terlibat dan dibenci oleh Allah dan manusia.
Sunat:
● Supaya umat Islam sentiasa melakukan kebaikan dan kebajikan.
● Memberi peluang mendapat sebanyak mungkin ganjaran pahala.
● Menghapuskan dosa-dosa kecil.
● Mendekatkan diri kepada Allah.
Harus:
● Memberi kebebasan memilih mengikut kehendak/keperluan masing- masing.
● Memberi kemudahan dan kelonggaran kepada umat Islam.
● Sebagai tanda kasih dan rahmat Allah kepada makhluknya.
4. Matlamat perundangan Islam ialah:
● Memelihara keturunan.
● Memelihara kehormatan diri.
● Menjaga harta.
● Memelihara akal.
● Memelihara agama.
● Memelihara nyawa.
5. Maksud matlamat perundangan Islam memelihara keturunan adalah:
● Perkahwinan dapat menghiindarkan daripada fitnah dan maksiat.
● Perkahwinan dapat memelihara zuriat supaya bersih dan suci.
● Memantapkan institusi keluarga
6. Maksud matlamat perundangan Islam memelihara kehormatan diri.
● Menjamin kemulian diri.
● Terhindar dari anasir negatif.
● Mengawal tingkah laku supaya berakhlak mulia.
7. Maksud matlamat perundangan Islam memelihara agama.
● Menjaga akidah umat Islam.
● Memartabatkan hukum Allah.
● Dapat melaksanakan dan mentaati perintah Allah.
8. Maksud matlamat perundangan Islam memelihara akal.
● Menjauhkan perkara yang boleh merosakkan akal.
● Membimbing manusia berfikiran rasional.
● Mendorong manusia memikirkan tanda-tanda kebesaran Allah.
9. Maksud memelihara nyawa dalam matlamat perundangan Islam ialah.
● Kewjipan menjaga keselamatan dan kesihatan diri.
● Menjamin keselamatan manusia dari bahaya.
● Mengharamkan pembunuhan tanpa sebab yang dibenarkan.
● Mengharamkan perbuatan membunuh diri.
10. Maksud memelihara harta dalam matlamat perundangan Islam.
● Mewujudkan keamanan masyarakat dan negara dengan perbuatan mencuri, menipu dan lain-lain.
● Mewajibkan mencari dan memiliki harta secara sah/diredha Allah.
● Islam menghendaki harta diurus secara bermanfaat/tidak membazir.
11. Kesan perundangan Islam dalam menjaga nasab manusia adalah.
● Supaya terpelihara daripada fitnah.
● Mengelakkan perpecahan/perbalahan.
● Menentukan pembahagian harta pesaka.
● Hak penjagaan anak terjamin.
● Setiap ahli keluarga mendapat hak.
● Menjaga maruah diri dan keturunan.
● Menentukan hak mewalikan nikah.
12. Perbezaan di antara fatwa, hukum dan pendapat.
Fatwa Pendapat Hukum
● Oleh Majlis Fatwa ● Oleh individu ● Ketetapan Allah
● Wajib dipatuhi ● Tidak wajib ● Wajib dipatuhi
● Berkatan dengan hal agama ● Berkaitan dengan hal umum ● Berkaitan dengan hal agama
● Merujuk kepada sumber yang disepakat ulama ● Pelbagai sumber ● Al-Quran dan al-Hadis.
13. Contoh fatwa.
● Hukum berkaitan bayi tabung uji.
● Hukum menderma organ manusia.
● Pengharaman penyalahgunaan dadah.
14. Hikmah Allah menetaokan hukuman ke atas penjenayah adalah untuk.
● Menegakkan keadilan/mengelak kezaliman.
● Memberi keinsafan kepada orang lain/amaran kepada orang yang tidak melakukan maksiat.
● Dapat menyekat jenayah daripada beleluasa.
● Mengujudkan keamanan/kehormonian masyarakat dan negara.
15. Keistimewaan perundangan Islam.
● Dapat mendidik jiwa manusia.
● Merupakan ciptaan Allah/bersih dan kekurangan/kelemahan.
● Memberi persamaan hak dan keadilan.
● Sesuai dilaksanakan pada semua tempat dan masa.
16. Hukum-hukum yang mengatur hubungan sesama manusia ialah:
● Hukum munakahat: Mengatur urusan kekeluargaan dan rumahtangga.
● Hukum muamalat: Mengatur hubungan sesama manusia seharian.
● Hukum jenayah: Berkaitan dengan salahlaku manusia.
17. Sebab umat Islam mesti menerima perundangan Islam untuk dilaksanakan.
● Perundangan Islam lengkap dan sesuai untuk dilaksanakan setiap masa dan tempat.
● Perundangan Islam mampu menyelesaikan masalah yang berkaitan
dengan manusia.
● Undang-undang Islam adalah ciptaan Allah.
18. Contoh perbuatan yang membawa mudharat kepada akal manusia.
● Meminum arak.
● Penyalahgunaan dadah.
● Menghidu gam.
19. Cara-cara menghindarkan diri daripada melakukan perbuatan yang tidak
memberi manfaat.
● Memenuhi masa lapang dengan aktiviti berfaedah.
● Memberi tumpuan kepada pelajaran.
● Sentiasa mengingati Allah/melakukan perkara-perkara sunat.
● Menanamkan kesedaran tentang kepentingan masa/kesempatan
yang ada .
FALSAFAH MUNAKAHAT
1. Nyatakan falsafah munakahat.
2. Apakah maksud munakahat.
3. Apakah yang dimaksudkan dengan nikah.
4. Nyatakan faedah/hikmah perkahwinan.
5. Jelaskan hikmah disyariatkan wali sebagai salah satu daripada rukun nikah.
6. Mengapakah enggan berkahwin boleh mendatangkan keburukan.
7. Antara tujuan perkahwinan dalam Islam ialah memelihara akhlak
manusia. Terangkan hujah bagi menyokong pernyataan di atas.
8. Bagaimanakah cara menyelamatkan diri daripada terjerumus ke lembah perzinaan.
9. Dalam syariat Islam manusia dituntut memelihara keturunan untuk tujuan tertentu. Jelaskan tujuan tersebut.
10. Jelaskan hukum perkahwinan satu persatu.
11. Pertunangan bagi pasangan yang ingin berkahwin adalah penting Bincangkan.
12. Nyatakan hikmah iddah terhadap pasangan suami dan isteri.
13. Bagaimanakah sesuatu perkahwinan boleh menjadi ibadat.
14. Nyatakan kesan perlaksaan akad nikah.
15. Mengapakah Islam menggalakkan seseorang itu berkahwin.
16. Saksi dalam sistem munakahat mestilah seorang yang adil.
Jelaskan maksud adil dalam pernyataan tersebut.
17. Jelaskan kepentingan saksi dalam pernikahan.
18. Jelaskan tanggungjawab suami.
19. Jelaskan tanggungjawab isteri.
20. Jelaskan tanggungjawab bersama suami isteri.
1. Falsafah munakahat ialah:
● Ikatan antara suami isteri untuk membina keluarga dan menjaga keturunan umat manusia secara sah dan bertanggungjawab.
2. Maksud munakahat.
● Sistem yang mengatur perkara yang berkaitan dengan perkahwinan pencerai, kewajipan suami isteri dan sebagainya.
3. Nikah bermaksud.
● Bahasa berkumpul.
● Syarak: Ikatan yang teguh antara lelaki dan perempuan melalui akad nikah yang sah untuk hidup bersama, tolong-menolong dan
menunaikan naluri seks secara halal.
4. Faedah/hikmah perkahwinan.
● Mendapat ketenangan jiwa.
● Melahirkan rasa bertanggungjawab dikalangan suami isteri.
● Memupuk semangat daya juang yang tinggi.
● Memelihara nasab/keturunan.
● Mengembangkan zuriat umat Islam.Hikmah disyariatkan wali sebagai salah satu daripada rukun nikah.
● Supaya akad nikah tidak dilakukan dengan sewenang-sewenangnya.
● Supaya tidak berlaku penipuan dan fitnah.
● Mengesahkan status perempuan tersebut.
● Membuktikan bakal isteri daripada nasab yang sah.
5. Enggan berkahwin boleh mendatangkan keburukan kerana:
● Menyalahi sunnah rasulullah.
● Membantutkan perkembangan zuriat manusia.
● Menghapuskan istitusi kekeluargaan.
● Terdorong melakukan maksiat/bersekedudukan.
6. Hujah bahawa perkahwinan dalam islam ialah memelihara akhlak
manusia ialah:
● Melalui perkahwinan nafsu seks dapat disalurkan dengan baik dan beradab sopan.
● Memupuk kasih saying dan hubungan mesra suami isteri.
● Menyekat dari melakukan maksiat.
7. Cara menyelamatkan diri daripada terjerumus ke lembah perzinaan.
● Menghindarkan diri dari pergaulan bebas.
● Menjauhkan diri daripada tempat-tempat maksiat.
● Menjaga akhlak/tngkah laku.
● Berkahwin apabila cukup syaratnya.
● Mengamalkan Islam dalam kehidupan.
● Menutup aurat/memelihara pandangan.
● Menghindarkan diri daripada unsur-unsur/bahan lucah.
8. Dalam syariat Islam manusia dituntut memelihara keturunan untuk
tujuan.
● Melahirkan zuriat yang bersih dan suci.
● Mengelakkan daripada maksiat dan fitnah.
● Memantapkan institusi kekeluargaan Islam.
● Sistem munakahat Islam dapat diteruskan.
● Dapat menentukan/memelihara pertalian keturunan.
9. Hukum perkahwinan.
● Haram : Mereka tidak mampu dari segi nafkah zahir dan batin serta berkahwin dengan tujuan menzalimi pasangannya.
● Sunat : Mempunyai nafkah, sihat tubuh badan dan mempunyai keinginan untuk berkahwin tetapi berupaya mengawal nafsu.
● Wajib : Mempunyai nafkah, sihat tubuh badan dan takut terjerumus kepada zina kerana tidak dapat mengawal nafsu.
● Makruh : Mereka yang tidak mampu memberi nafkah tetapi berkeinginan untuk beristeri.
● Harus : Mereka yang tidak ada perkara mendesak untuk untuk berkahwin dan juga tidak ada perkara yang menghalang.
10. Pertunangan bagi pasangan yang ingin berkahwin adalah penting
supaya.
● Dapat memberi peluang menilai pasangan masing-masing.
● Mengenali bakal pasangan masing-masing/suami isteri.
● Supaya kedua-dua belah pihak berpuas hati.
● Dapat berpeluang mengenali pasangan masing-masing.
11. Hikmat iddah terhadap pasangan suami dan isteri.
● Memberi peluang kepada suami isteri untuk kembali semula kepada ikatan perkahwinan.
● Memastikan rahim perempuan tersebut bersih daripada zuriat bekas ssuaminya.
● Memberi masa kepada isteri untuk menyesuaikan diri hidup bersendirian/tanpa suami.
● Memberi penghormatan kepada kaum wanita.
12. Perkahwinan boleh menjadi ibadat apabila.
● Niat perkahwinan kerana Allah.
● Segala kalfiat perkahwinan hendaklah mengikut hukum syarak.
● Niat kerana mengikut sunnah Rasulullah.
13. Kesan perlaksaan akad nikah menyebabkan.
● Isteri wajib mentaati suami.
● Halalnya hubungan lelaki dan perempuan yang telah diijabkabulkan.
● Suami bertanggungjawab memberi nafkah, pendidikan dan perlindungan.
● Suami isteri berhak mewarisi harta peninggalan masing-masing.
● Suami isteri sama berkongsi tanggungjawab membina kebahagian keluarga dan rumahtangga.
14. Islam menggalakkan seseorang itu berkahwin kerana:
● Untuk memupuk sikap bertanggungjawab.
● Dapat mengatur kehidupan yang lebih baik.
● Dengan perkahwinan dapat mengembangkan dakwah Islamiah.
● Dapat mengatasi masalah sosial.
15. Saksi adil dalam sistem munakat bermaksud.
● Seseorang yang warak/zuhud.
● Tidak meninggalkan dosa besar dan mengekal dosa kecil.
● Tidak melakukan perkara yang menjatuhkan maruah/tidak fasik.
● Boleh dipercayai/tidak dikenali sebagai seorang yang pembohong.
16. Kepentingan saksi dalam pernikahan kerana.
● Untuk memastikan sesuatu pernikahan itu dilaksankan mengikut syarak.
● Menjadi rujukan jika berlaku sesuatu masalah antara suami isteri.
17. Tanggungjawab suami ialah:
● Memberi nafkah kepada isteri dan anak.
● Memberi layanan yang baik kepada isteri.
● Memberi didikan yang sempurna kepada anak dan isteri.
19. Tanggungjawab isteri ialah:
● Taat kepada suami.
● Memberi layanan yang baik dan ikhlas kepada suami.
● Menjaga suami harta suami.
● Menjaga maruah diri dan keluarga.
18. Tanggungjawab bersama suami isteri ialah:
● Mengekalkan kerukunan rumah tangga.
● Memelihara dan mendidik anak-anak.
● Memberi layanan yang saksama kepada keluarga kedua-dua pihak.